gravatar

Pengajian Malaysia Dengan Pendidikan


Nama Kursus: Pengajian Malaysia dengan Pendidikan
Kod: AT58

Program ini bertujuan melahirkan graduan yang berpengetahuan dan mahir dalam bidang Pengajian Malaysia yang mampu mengajar dan mengurus mata pelajaran Pengajian Am yang ditawarkan di sekolah. Pengajian Malaysia merupakan satu program pengajian multi dan interdisiplin yang dirancang untuk melahirkan graduan yang mengetahui serta memahami isu-isu Malaysia secara mendalam. Pengajian Malaysia merupakan satu pakej pengajian yang lengkap merangkumi pengetahuan sejarah, geografi, masyarakat, ekonomi, sosio-budaya, politik, sistem perundangan dan pentadbiran. Bakal graduan dilatih untuk peka terhadap dasar-dasar negara dan isu-isu semasa kenegaraan.

8 semester
(Terbuka kepada Aliran Sains dan Aliran Sastera)

Syarat Kemasukan:

LEPASAN STPM / MATRIKULASI / DIPLOMA / STAM
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut;

Geografi
Sejarah
Ekonomi/Pengajian Perniagaan/Perakaunan
Pengkomputeran
Bahasa Melayu
Kesusasteraan Melayu
Seni Visual
Usuluddin
Fizik
Kimia
Biologi
Matematik T / Matematik Lanjutan T / Matematik S
atau
Memiliki Diploma dalam bidang Pentadbiran / Pengurusan / Seni / Sains / Kejuruteraan / Komputer / Pengajian Islam / Dakwah / Syariah / Usuluddin / Al-Quran dan Al-Sunnah / Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat / Tasawwur Islam / Bahasa Arab atau bidang pengkhususan yang relevan dengan program yang dipohon dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat universiti dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50

atau
Mendapat sekurang - kurangnya tahap ‘Jayyid’ dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

dan
Mendapat sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana – mana mata pelajaran pada peringkat SPM termasuk Bahasa Melayu

dan
Lulus ujian MEdSI, ujian khas dan temu duga yang ditetapkan.

Maklumat Lanjut:

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim
Perak, Malaysia.
Tel : +605-4505047 / 6621 / 5043
Faks: +605-4598606
Laman web: http://fssk.upsi.edu.my

gravatar

Selain cikgu, apa lagi kerjaya yang boleh untuk course ini ya?

gravatar

Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Gred M41)

gravatar

Saya nak tanya , kalau syarat sah dan syarat khas pun dah lepas , tapi still di tolak upu , boleh walk in ke ?

Pelajar Berjaya

Ikuti Kami Disini