gravatar

Tips Sebelum Menjawab Soalan Pengajian Am


BAHAGIAN A/ BAHAGIAN B

-
Untuk Bahagian A/B, pelajar perlu berhati-hati
dengan kehendak soalan. Jangan terburu-buru menjawab. Langkah berikut perlu
diikuti :

  • Pilih soalan yang betul-betul pelajar yakin dapat jawab dengan baik (senang mendapat idea dan membuat huraian)
  • Baca soalan dengan sepenuhnya (lengkap), dalami dan kenalpasti perkataan yang dapat membantu pelajar. Ingat konsep PUKAL (PUNCA, KESAN DAN LANGKAH) . Ini yang biasanya pelajar akan diuji.
  • Ambil masa 2-3 minit untuk merangkap poin-poin sebelum menulis karangan. Setelah yakin dengan rangka (poin) mulalah menulis dengan memberi tumpuan sepenuhnya.
-
Karangan pelajar mestilah :

6 perenggan : 1 perenggan Pengenalan, 4
perenggan idea/huraian dan 1 perenggan kesimpulan.
Setiap perenggan 60-70 patah perkataan.
Tumpukan bahagian idea/huraian , gunakan konsep
ICU (Idea @ lanjutan idea, Contoh dan Ulasan ) berpandu kehendak soalan.
-
PASTIKAN LARAS BETUL. SASTERA UNTUK SASTERA DAN
SAINS UNTUK SAINS

Dalam laras sains, idea seperti KEMPEN, SEMINAR, CERAMAH, HUKUMAN
DENDA/PENJARA, IKLAN, PENDIDIKAN sama sekali tidak boleh digunapakai.

BAHAGIAN C

Pelajar perlu :

Untuk soalan (i), pastikan dalam satu ayat
sahaja. JANGAN disalin daripada petikan. Boleh ubahsuai ayat/perkataan.
Untuk soalan (ii), berikan 2 isi sahaja. Fokus
kepada huraian. Setiap isi perlu dihurai dengan ringkas dan padat.
-
Ingat. Pastikan laras yang betul dan jumlah
perkataan jangan melebihi 55 patah perkataan. Jangan juga terlalu kurang,
pelajar akan kerugian markah.

BAHAGIAN D

Tips : KATA
KUNCI

Graf Garis – menunjukkan PERUBAHAN, ALIRAN ,
PERGERAKAN, TURUN NAIK, PASANG SURUT atau apa-apa yang menunjukkan keadaan turn
naik/pergerakan.
-
Perkataan JUMLAH untuk garis komponen, tanpa
JUMLAH garis kompaun.

-
Komponen perlukan ruang nilai tambah dalam
jadual.

Graf Bar – selain daripada kata-kunci di atas,
termasuk dalam graf bar.
-
Perkataan JUMLAH untuk bar komponen, tanpa
JUMLAH bar kompaun.

-
Komponen perlukan ruang nilai tambah dalam
jadual.

Graf bar gabungan (gabungan graf bar dan garis)
-
Ada dua kehendak soalan dan dihubungkan dengan
Kata Hubung seperti DAN, SERTA.

-
Dalam petikan terdapat 2 pemboleh ubah berbeza @
unit berbeza.

-
Perlukan 2 jadual @ 1 jadual yang digabungkan.

BAHAGIAN E

JADUAL/ CARTA/GRAF
-
Untuk jadual ada 3 soalan boleh dikemukakan :

Pola perubahan……. Menunjukkan perubahan, aliran, pergerakan,
Idea-Pelajar menerangkan pola keseluruhan,
peningkatan, penurunan dan tidak stabil.

Huraian- huraikan perubahan data (daripada jadual)
dan perubahan nilai dan peratus (pelajar perlu kira)

Huraian sebab – Nyatakan perubahan bagi setiap pola
perubahan tersebut.

CARTA ALIRAN
-
Untuk carta aliran, lihat pergerakan anak panah
(di mana bermula dan berakhir)

-
Nyatakan 4 isi sahaja berserta huraian
berpandukan maklumat yang diberikan kecuali carta proses/peringkat perlu
dihuraikan semua proses/peringkat.

Di harap
tips ringkas ini akan dapat membantu pelajar menghadapi ujian yang akan datang.
Ingatlah usaha yang berterusan akan mendatangkan kejayaan bukannya usaha yang
sedikit tetapi mengharapkan kejayaan luar biasa.

sumber

Pelajar Berjaya

Ikuti Kami Disini