Proses penggubalan undang-undang

DEFINISI UNDANG-UNDANG
Ahli-ahli falsafah undang-undang seperti Aristolte, JJ Rousseau dan Finnis mendefinasikan undang-undang adalah suatu peraturan-peraturan yang membolehkan dan menegah sesuatu kelakuan atau tindakan. Undang-undang diadakan oleh pihak berkuasa untuk melindungi masyarakat supaya mereka hidup secara aman. Pihak berkuasa berhak mengeluarkan arahan-arahan dan membuat undang-undang baru untuk kebaikan awam. Undang-undang mestilah untuk kebaikan awam iaitu mewujudkan ketenteraman awam, kesihatan awam, kelakuan moral dan keadilan semulajadi.
Austin, Kelsen, Bentham dan Hart pula mendefinasikan bahawa udang-undang adalah peraturan-peraturan yang diadakan oleh pihak pemerintah dan jika pelanggaran undang-undang berlaku, maka pihak pemerintah boleh mengenakan hukuman.
Ciri-ciri utama undang-undang ialah kuasa pemerintah untuk membuat undang-undang, ketaatan masyarakat terhadap undang-undang dan kesahihan undang-undang itu.
Undang-undang bermaksud apa-apa yang telah digubalkan atau ditentukan oleh sesuatu pihak berkuasa dan apa-apa yang dihasilkan mempunyai kekesanan undang-undang. Undang-undang adalah peraturan-peraturan mengenai kelakuan yang mesti dipatuhi oleh semua rakyat dan tertakluk kepada hukuman atau tindakan undang-undang.




-My Link
|^_^|
:))
:)]
;))
;;)
:D
;)
:p
:((
:)
:(
:X
=((
:-o
:-/
:-*
:|
8-}
~x(
:-t
b-(
x(
=))