gravatar

Skema Pengajian Am Kertas 2 Percubaan STPM 2011 Perak



PENGAJIAN AM KERTAS 2

Skema Jawapan

Bahagian A

Soalan 1

“1Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.”

Bincangkan kepentingan perpaduan dalam konteks Malaysia dan cara-cara memupuk perpaduan di sekolah.

Skema pemarkahan

Pengenalan

Perpaduan sememangnya telah menjadi teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak negara mencapai kemerdekaan. Kerajaan telah memperkenalkan konsep1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat di negara ini. Sekolah merupakan antara institusi penting bagi merealisasikan hasrat ini.

Bil

Idea/Isi

Huraian

1

A. Kepentingan perpaduan

Menjadi sebuah negara merdeka

- Pelbagai ranjau dan duri yang telah dilalui oleh generasi
terdahulu untuk menuntut kemerdekaan.
- Hasil perpaduan masyarakat ketika itu yang berganding

bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak

Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada

Tanah Melayu.
- Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada

nenek moyang yang harus dikekalkan agar masyarakat

kini dapat hidup harmonis tanpa campur tangan anasir

luar.

2.

Mewujudkan semangat kekitaan dalam masyarakat

- Menggalakkan semangat kekitaan dan menghapuskan

sikap mementingkan diri sendiri.
- Semangat ini akan mengelakkan berlaku permusuhan

antara kaum.
- Akibatnya, wujudlah keharmonian antara kaum dan

mengurangkan isu perkauman.

3.

Membangunkan ekonomi negara

- Menarik minat pelancong asing untuk mengenali

dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia

yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan

harmonis di bawah satu bumbung.

- Perpaduan antara kaum berjaya melahirkan suasana yang

harmonis.

- Menarik minat pelabur asing dan menggalakkan

perkembangan industri pelancongan di negara ini.

- Kedua-dua kegiatan ini dapat menyediakan peluang

pekerjaan dan seterusnya mengembangkan ekonomi

negara.

4.

Merealisasikan wawasan negara.

- Perpaduan dapat mengekalkan keharmonian dan

kedamaian rakyat di Malaysia.
- Kedamaian dan kesejahteraan dapat mengelakkan
berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham
antara satu sama lain.
- Justeru, cabaran pertama dalam merealisasikan Wawasan

2020 dapat diatasi.

5.

B. Cara-cara memupuk perpaduan di sekolah

Memantapkan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan

- Keseragaman sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan,

pakaian seragam, sistem latihan guru dan bahasa

pengantar.

- Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

utama dalam sistem pendidikan kebangsaan, telah

mewujudkan generasi daripada pelbagai etnik yang lebih

memahami antara satu sama lain dan mengelakkan

prasangka kaum.

6.

Aktiviti sekolah sebagai medium perpaduan

- Setiap subjek yang diajar di sekolah harus

menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis.
- Pendedahan kepada nilai-nilai yang sama seperti

perasaan kasih sayang, hormat menghormati, saling

bantu membantu, berbudi bahasa, cintakan keamanan,

bencikan kekejaman, jujur, bertanggungjawab dan

sebagainya.
- Aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat yang

disertai oleh kumpulan etnik membolehkan pelajar

berinteraksi dan melaksanakan aktiviti-aktiviti bersama.

7.

Pendemokrasian pendidikan

- Memastikan agar semua kaum dapat menikmati

kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada

mereka bersekolah di bandar atau di luar bandar /antara

Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan.
- Pelajar-pelajar berhak untuk bersekolah di mana-mana

sekolah di negara kita.

- Dengan ini sekolah dapat memupuk proses integrasi

antara etnik.

8.

Pelaksanaan Sekolah Wawasan

- Sekolah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam

satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan

agama.
- Membolehkan pelajar-pelajar yang berlainan etnik
menggunakan pelbagai kemudahan secara bersama.
- Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk
mewujudkan perpaduan atau integrasi antara murid yang

berlainan etnik dan agama.
- Melahirkan sifat toleransi, persefahaman yang tinggi dan

menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua

pelajar melalui perkongsian kemudahan sekolah dan

pelaksanaan aktiviti.

9.

Pelaksanaan sekolah satu aliran

- Sistem yang menggunakan satu bahasa pengantar sahaja

di sekolah.

- Tidak akan menghapuskan bahasa ibunda kaum-kaum

lain (dijadikan mata pelajaran elektif).
- Boleh bergaul secara meluas dan memahami budaya

kaum-kaum lain.
- Semangat perkauman akan dapat dihapuskan.
- Pergaulan antara pelbagai etnik menjadikan mereka lebih

bertoleransi antara satu sama lain.


Kesimpulan.

Kita seharusnya mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang diasaskan sebelum ini. Pendidikan merupakan medium terpenting bagi mewujudkan perpaduan antara etnik. Kegagalan sekolah dalam proses integrasi akan menyebabkan kegagalan integrasi dalam pendidikan di negara ini.

Jawapan : Mana-mana 2 + 2

Soalan 2

Pengangkutan awam dapat menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengguna. Namun, masyarakat kita kurang berminat untuk menggunakan perkhidmatan ini.

Huraikan.

Skema Pemarkahan

Pendahuluan :

Pengangkutan awam merujuk pada kenderaan perkhidmatan awam, yang digunakan untuk mengangkut penumpang, dan dibayar sejumlah wang tertentu sebagai perkhidmatan untuk sesuatu perjalanan. Kemudahan pengangkutan awam ini sangat baik tetapi kebanyakan masyarakat kita kurang berminat untuk menggunakannya.

Bil

Idea

Huraian

1.

A: Kebaikan

Menjimatkan kos / perbelanjaan

- Harga tambang yang berpatutan, membolehkan

pengguna pergi ke mana-mana destinasi dengan mudah.

- Tidak perlu membelanjakan wang untuk membeli bahan

api / minyak, yang harganya semakin meningkat.

- Tidak perlu membayar tol dan bil parkir untuk bergerak

dari satu tempat ke satu tempat.

2.

Mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas

- Perkhidmatan pengangkutan awam akan mengurangkan

bilangan kenderaan persendirian terutamanya di bandar-

bandar besar seperti Kuala Lumpur.

- Apabila masyarakat menggunakan pengangkutan awam

dalam urusan seharian, mereka dapat mengurangkan

jumlah kenderaan di jalan raya.

- Hal ini menyebabkan pergerakan trafik lebih lancar,

terutama di bandar-bandar besar.

3.

Mengurangkan kadar kemalangan

- Pengurangan kenderaan di jalan raya, mengurangkan

risiko kemalangan terutamanya semasa musim perayaan

dan pada waktu puncak.

- Penggunaan pengangkutan awam, seperti bas, kereta

api, LRT atau monorel, dapat meminimakan kes

kemalangan di jalan raya.

4.

Mewujudkan interaksi sosial

- Masyarakat pelbagai kaum akan menaiki pengangkutan

awam ke pelbagai destinasi.

- Interaksi sosial, secara tidak langsung akan berlaku

sepanjang perjalanan itu.

- Penggunaan pengangkutan awam yang berterusan oleh

masyarakat majmuk di negara kita, sudah tentu dapat

mengeratkan silaturahim.

5.

B. Punca

Mutu perkhidmatan yang tidak memuaskan

- Sesetengah pemandu pengangkutan awam tidak

mematuhi jadual perjalanan menyebabkan pengguna

sukar untuk merancang dan menjangka tempoh

perjalanan yang bakal dihadapi oleh mereka.

- Hal ini menyebabkan mereka tidak mahu menanggung

risiko untuk sampai lewat ke tempat kerja atau ke mana-

mana destinasi.

- Bilangan penumpang yang terlalu ramai, menimbulkan

kesesakan dalam bas dan monorel, menyebabkan

penumpang tidak selesa.

- Kekerapan jadual perjalanan bas yang terlalu lama, tiada

kemudahan penyaman udara atau rosak, kusyen yang

rosak, menyebabkan pengguna tidak selesa dan enggan

menggunakan perkhidmatan awam.

6.

Sistem aliran pengangkutan awam tidak bersepadu

- Rangkaian pengangkutan awam di negara kita terdiri

daripada pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren

Ringan (LRT) dan monorel

- Penumpang terpaksa bergerak ke stesyen yang lain untuk

meneruskan perjalanan.

- Hal ini menyukarkan penumpang terutamanya warga tua

dan orang kelainan upaya (OKU).

7.

Risiko menjadi mangsa jenayah

- Sikap sesetengah penumpang lelaki dan segelintir

pemandu bas atau teksi yang tidak sopan, dan

keterlaluan, sehingga melakukan pelbagai jenis jenayah

seksual, menyebabkan golongan wanita takut atau

trauma untuk menggunakan pengangkutan awam.

- Wujud aktiviti ’seluk saku’ dalam kalangan penumpang.

8.

Sikap negatif masyarakat

- Sesetengah masyarakat menganggap mereka yang

menggunakan perkhidmatan ini berstatus rendah, tidak

berkemampuan atau miskin.

- Hal ini menyebabkan mereka malu untuk menggunakan

pengangkutan awam.

Kesimpulan

Penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam menyumbang banyak manfaat. Oleh itu, masyarakat digalakkan mengguna pengangkutan awam.

Pilihan Jawapan : Mana-mana 2 + 2

Bahagian B

Soalan 3

Air banjir mengandungi bahan toksik, najis haiwan dan manusia yang mewujudkan pelbagai penyakit berjangkit. Jelaskan bagaimana air banjir menjadi punca penyakit berjangkit tersebut dan langkah yang perlu diambil untuk mengawalnya.

Skema pemarkahan

Pengenalan

Kejadian banjir yang seringkali melanda negara banyak mengundang pelbagai masalah dan risiko kepada penduduk setempat. Masalah kekurangan bekalan air bersih dan makanan merupakan satu isu penting pada musim banjir dan manusia terdedah kepada pelbagai penyakit berjangkit.

Bil

Idea/Isi

Huraian

1.

A : Punca

Sumber air yang tercemar

- Apabila banjir, air akan menenggelami seluruh muka bumi
termasuklah tempat peliharaan haiwan dan kumbahan.
- Air banjir yang dicemari dengan pelbagai kotoran

membawa bermacam-macam kuman air terutamanya

virus dan bakteria yang boleh disebarkan melalui air,

makanan dan pembawa penyakit.
- Semasa banjir, penyakit berjangkit bawaan virus dan
bakteria ini terus meningkat kerana masalah kebersihan
seperti kekurangan kemudahan tempat membuang air,

kebersihan diri dan makanan. Contohnya: Penyakit

Diarrhoeal (cirit-birit), Demam Kepialu, Taun (Kolera)

dan Hepatitis A dan E.

2.

Urin spesies haiwan,

cth : tikus

- Banjir boleh memberikan kesan kepada ekologi
sesetengah spesies dan mengubah cara pemindahan asal
penyakit.
- Peningkatan hujan serta banjir di kawasan tertentu, akan
meningkatkan jumlah komuniti tikus.
- Leptrospirosis merupakan satu jenis penyakit disebabkan
oleh haiwan yang mempunyai bakteria patogen yang
dipindahkan melalui urin binatang kepada manusia.
- Urin ini boleh memasuki badan manusia melalui kulit atau

air minuman yang tercemar.

- Patogen akan memasuki sistem peredaran darah dan

mengganggu fungsi buah pinggang dan urin manusia.

Contohnya: Hantavirus (HPS), Leptrospirosis

3.

Peningkatan kelembapan tanah

- Air banjir menyebabkan tahap kelembapan tanah

meningkat.

- Tanah yang dicemari oleh banjir meningkatkan

penghasilan telur-telur cacing.

- Cacing parasit dan telur-telurnya amat mudah memasuki
badan manusia dengan menembusi kulit dan seterusnya
menyerang darah dan hati.
- Pemindahan penyakit daripada cacing kepada manusia
dianggap lengkap kitarannya apabila cacing tersebut
menyerang air kencing dan najis manusia serta terus
berjangkit kepada individu lain melalui telur cacing yang
terdapat dalam air kencing dan najis di kalangan individu
yang telah dijangkiti. Contohnya: Schistosomiasis

4.

Air banjir yang bertakung

- Selepas kejadian banjir, banyak kawasan yang rendah

ditakungi air.
- Kawasan yang bertakung merupakan kawasan yang sesuai
untuk pembiakan nyamuk tiruk yang menyebabkan
demam Malaria.
- Malaria merupakan penyakit parasit yang dipindahkan

melalui gigitan nyamuk betina ke dalam aliran darah dari

seorang manusia ke manusia lain.

4.

B : Langkah

Penjagaan kebersihan semasa banjir

- Membasuh tangan dengan sabun dan air yang bersih
sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan,
selepas ke tandas, selepas membuat aktiviti pembersihan
dan selepas menyentuh barang-barang yang dicemari oleh
air banjir .
- Menggunakan air bersih dan terawat bagi aktiviti harian.

5.

Persediaan makanan yang bersih dan selamat

- Makan makanan yang bersih dan selamat sahaja.
- Masak makanan hingga sempurna dan simpan di dalam

bekas yang bersih dan bertutup.
- Makan sebaik sahaja makanan siap dimasak dan jangan
menyimpan makanan yang telah dimasak lebih dari 4 jam.
- Elakkan daripada memakan makanan mentah yang tidak
dibasuh atau terendam dalam air banjir.

6.

Menggunakan air yang bersih dan dirawat

- Masak air hingga mencapai takat didih (dibiarkan

mendidih 2 hingga 3 minit).
- Gunakan klorin untuk merawat air (mengikut sukatan yang

ditetapkan).

7.

Rawatan awal

- Mengenal pasti punca dan gejala jangkitan kuman supaya

boleh mendapatkan rawatan awal serta mengelakkan

penyebaran kuman kepada orang lain.
- Mendapatkan rawatan segera, jika terdapat tanda-tanda
awal.


Kesimpulan

Kejadian banjir merupakan suatu bencana alam yang banyak meninggalkan impak negatif kepada penduduk di kawasan yang terlibat. Kejadian banjir sebenarnya banyak mengundang risiko penyakit berjangkit yang boleh berpunca daripada pelbagai sumber seperti virus, bakteria, nyamuk, cacing dan tikus. Bagi menghindari diri daripada penyakit berjangkit ini, aspek kebersihan perlu dititikberatkan dalam setiap tindakan seharian terutamanya pada musim banjir.

Pilihan Jawapan : Mana-mana 2 + 2

Nota :

1. Pelajar mesti menulis “air banjir” sekurang-kurangnya sekali dalam isi yang ditulis.

2. Jika tiada “air banjir” di mana-mana - menyeleweng ( 01 markah )

Soalan 4

Tabiat pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan pengambilan makanan suplemen sangat penting. Namun begitu, pengambilannya tanpa rujukan pakar kesihatan, mungkin memberi risiko kepada kesihatan badan. Bincangkan.

Skema pemarkahan

Pendahuluan

Pengambilan makanan suplemen semakin popular dewasa ini. Walau bagaimanapun pengambilannya tanpa rujukan pakar boleh memberi impak negatif.

Bil

Idea / Isi

Huraian

1.

A : Kepentingan

Untuk memulihkan / merawat penyakit

- Pesakit barah memerlukan makanan yang mempunyai

fiber tinggi.

- Badan pesakit goiter kurang berupaya untuk menyerap

khasiat makanan laut. Jadi makanan suplemen yang kaya

dengan iodin penting.

- Penyakit hipertensi juga boleh dikawal dengan cepat

apabila mengambil makanan suplemen seperti Ling Zhi.

- Penghidap Beri-Beri, digalakkan untuk mengambil

suplemen vitamin B.

2.

Mengekalkan kesihatan

- Kesibukan bekerja / kesuntukan masa, menyebabkan

individu tiada masa untuk menyediakan makanan

seimbang mengakibatkan kekurangan zat makanan .

- Kita memerlukan pelbagai jenis nutrien seperti vitamin,

serat dan mineral, untuk mengekalkan kesihatan.

- Oleh itu, makanan suplemen diperlukan sebagai

pelengkap kepada pemakanan harian.

- Membantu merawat kulit yang bermasalah seperti kulit

kering, berkedut (penggunaan krim atau pil).

- Mengurangkan kolestrol dalam darah dan melangsingkan

badan atau menambahkan berat badan, dengan

mengambil pil atau susu formula.

3.

Menjamin tumbesaran normal dalam kalangan kanak-kanak

- Kanak-kanak kurang selera makan wajar mengambil

makanan suplemen untuk menjamin tumbesaran mereka

secara normal.

- Pengambilan multivitamin dan susu tepung formula,

menjamin tumbesaran sel-sel otak kanak-kanak dan

meningkatkan kecerdasan otak .

- Pengambilan kalsium yang mencukupi dapat membina

tulang yang kuat dan mengelakkan osteoporosis serta

kadar kehilangan jisim tulang.

- Kanak-kanak yang tidak gemar makan sayur-sayuran

juga, dapat menampung kekurangan serat, untuk

memudahkan proses penghadaman, dengan mengambil

makanan suplemen seperti spirulina sama ada dalam

bentuk tablet atau cecair.

4.

Meningkatkan imunisasi

- Pengambilan makanan suplemen seperti vitamin C,

vitamin B6,dan vitamin B2, dapat meningkatkan lagi

antibodi, daripada selesema atau jangkitan penyakit lain.

- Makanan suplemen seperti fiber dan spirulina, dapat

membersihkan sisa dan toksid, dengan mewujudkan

bakteria sihat dalam kolon.

- Dengan ini daya tahan penyakit seseorang akan

meningkat.

5.

B : Kesan sampingan

Keracunan

- Makanan suplemen yang mengandungi garam mineral

berlebihan boleh menyebabkan keracunan seperti cirit-

birit, sakit kepala dan muntah.

- Makanan suplemen yang dikatakan menyingkirkan

toksid, menyebabkan pertambahan sisa toksid dan

berbahaya kepada kesihatan.

- Pengambilan makanan suplemen yang tidak mengikut

dos, seperti mengambil pil pelangsing yang berlebihan,

menyebabkan pengguna mengalami muntah-muntah,

akibat kandungan bahan kimia yang berlebihan.

6.

Kerosakan organ

- Pengambilan melebihi dos yang disyorkan, boleh

menyebabkan kerosakan pada sistem saraf dan organ.

Contohnya, pengambilan ubat penenang yang

berlebihan, mendatangkan kesan buruk pada sistem

saraf otak.

- Makanan suplemen seperti kalsium, vitamin C dan zat

besi, yang berlebihan, akan memberi kesan biarpun

dalam jangka masa pendek. Menyebabkan penyakit

batu karang dan kerosakan hati.

7.

Alahan

- Pengambilan pil-pil vitamin atau krim kulit yang tidak

sesuai dengan pengguna, boleh menyebabkan kulit

kemerah-merahan, ruam, kulit mengelupas, bintik-bintik

merah dan kegatalan.

8.

Risiko kepada kanak-kanak

- Pengambilan makanan suplemen secara berlebihan,

seperti multivitamin, tanpa mengikut dos menyebabkan

tumbesaran kanak-kanak juga akan terjejas.

- Dos vitamin yang tinggi (melebihi RDA), dianggap

sebagai ubat, bukannya suplemen.

- Makanan suplemen yang mengandungi EPA, cth: omega

yang tinggi, meningkatkan tahap kecairan darah,

menyebabkan pendarahan sukar dihentikan.

- Makanan suplemen ini juga menyebabkan lebihan

nutrien, mengakibatkan masalah obesiti.

- Makanan suplemen yang tidak sesuai dengan umur, akan

menyebabkan sakit kepala yang melampau dan

muntah-muntah.

9.

Risiko kepada ibu yang mengandung

- Pengambilan makanan suplemen yang tidak sesuai,

seperti vitamin dan susu tepung formula, boleh

memudaratkan kesihatan ibu dan janin.

- Kandungan melamin dalam susu, menjejaskan

perkembangan janin, pembentukan otak dan fizikal janin

menyebabkan kecacatan.

Kesimpulan

Makanan suplemen penting untuk melengkapkan gizi makanan kita seharian. Namun begitu, dapatkan nasihat daripada dietetik untuk mengelakkan berlakunya kesan sampingan akibat pengambilan makanan ini.

Pilihan Jawapan : Mana-mana 2 + 2

Bahagian C

5 (a) “Pengarah Pejabat Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan, Pahang, Prof. Madya Dr Muhammad Nor Omar, berkata tidak perlu mempertikaikan soal kemampuan penyelidik muda atau lama kerana bidang penyelidikan bukan pentas mencipta kepentingan peribadi. Beliau berkata, bidang itu menjadi platform mereka berbakti kepada kehidupan sejagat melalui sumbangan ilmu dan penemuan terbaru yang sentiasa dipertingkatkan bagi manfaat bersama. Gandingan bersama golongan penyelidik muda dan penyelidik lama membantu mereka belajar dan melonjakkan lagi hasil penemuan …”

(Disesuaikan daripada Ruhaiza Rusmin, “Pengkelasan Bawa Impak Negatif” , My Metro, April 2009)

i. Apakah keutamaan penyelidik dalam menghasilkan sesuatu Penyelidikan dan

pembangunan ?

Sesuatu penyelidikan dan pembangunan dihasilkan bagi membolehkan penyelidik berbakti kepada masyarakat global melalui manfaat penemuan yang telah dilakukan.

ii. Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, jelaskan kepentingan Penyelidikan

dan Pembangunan kepada negara kita.

Kepentingan Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) ialah ;

1. Penghasilan barangan yang kreatif dan inovatif.

2. Peningkatan produktiviti, cth : MARDI menghasilkan baka padi yang bermutu tinggi,

berkualiti dan daya tahan yang tinggi terhadap penyakit.

3. Mewujudkan tenaga kerja yang berkemampuan untuk memantapkan hasil P&P.

4. Memperkukuhkan ekonomi dalam pelbagai bidang.

5. Meminimakan kos pengeluaran.

5 (b) ... Seseorang itu dianggap patriotik apabila tindakan dan amalannya menepati ciri-ciri patriotisme yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada negara. Dalam dunia globalisasi dan ledakan era teknologi maklumat, semangat patriotik amat penting sekali. Tun Dr Mahathir Mohamed pernah mengingatkan, “tanpa semangat ini, kita tidak boleh yakin kita dapat bertahan, kita dapat kekalkan hak kita. Kemungkinannya ialah kita akan tinggal nama dalam sejarah saja ...”

(Disesuaikan daripada “Kepentingan Kemerdekaan Terhadap Masyarakat”: generasipascamerdeka2010.blogspot.com)

i. Apakah elemen penting yang mampu mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan negara

kita ?

Elemen penting yang mampu mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan negara adalah semangat patriotik.

ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, terangkan cara-cara untuk

memantapkan patriotisme dalam kalangan pelajar.

Cara-cara untuk memantapkan patriotisme dalam kalangan masyarakat ;

1. Memantapkan dan menambah ilmu pengetahuan.

- ilmu pengetahuan yang tinggi dapat memberi sumbangan kepada kemajuan negara.

2. Mengekalkan jati diri.

- tidak terpengaruh dengan budaya kuning.

- bangga dengan budaya sendiri.

3. Mengharumkan dan meningkatkan imej negara.

- menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa.

- sanggup berkorban untuk menaikkan imej negara.

4. Menghayati sejarah negara.

- mengenang jasa pejuang-pejuang kemerdekaan negara.

- berusaha memelihara dan mengekalkan kemerdekaan negara.

5. Menampilkan keperibadian yang tinggi.

- berdisiplin dan mematuhi undang-undang negara.

- mengamalkan budaya timur.

6 (a) “Peningkatan purata suhu atmosfera di permukaan bumi menyebabkan suhu laut

meningkat dan bakal mengancam terumbu karang di lautan. Apabila terumbu karang musnah,

ikan-ikan yang bergantung kepadanya juga akan mati. Lautan adalah penyerap utama gas

karbon dioksida (CO2) daripada atmosfera. Peningkatan penyerapan gas CO2 ini

menyumbang secara langsung kepada turunnya nilai Ph air laut. Proses pengoksidan air laut

ini akan memberi kesan kepada hidupan marin.”

(Disesuaikan daripada : Era Hijau, Jun 2007)

i. Jelaskan bagaimana pemanasan global boleh memberi kesan kepada hidupan marin.

Pemanasan global boleh memberi kesan kepada hidupan marin apabila berlakunya

peningkatan suhu laut dan proses pengasidan akibat penyerapan CO2 secara berlebihan.

ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan punca-punca yang menyebabkan berlakunya kemusnahan dan perubahan habitat hidupan marin.

1. Penerokaan kawasan pinggir pantai untuk tujuan pembangunan.

2. Pencemaran laut - akibat tumpahan minyak dan pembuangan sisa domestik.

3. Fenomena El-Nino menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak.

4. Aktiviti penangkapan ikan secara berleluasa - penggunaan pukat tunda dan bom.

5. Ujian senjata nuklear.

6(b) “…Di Eropah dan Jepun, aplikasi laser digunakan dengan meluas berbanding di

Malaysia yang penggunaannya masih belum begitu popular. Berdasarkan kajian, antara sebab

utama penggunaan laser kurang mendapat sambutan adalah kerana kos peralatan dan

penyelenggaraan yang tinggi. Di samping itu, sumber tenaga manusia seperti jurutera dan

juruteknik yang mempunyai kepakaran untuk mengendalikan peralatan laser juga kurang ...”

(Disesuaikan daripada Nurbalqis Hayati binti Ahmad Najih, “Penggunaan Teknologi Laser”.

Rencana Sains dan Teknologi, 2007)

i. Jelaskan mengapa penggunaan teknologi laser masih kurang digunakan di Malaysia.

Kos peralatan dan penyelenggaraan yang tinggi serta masalah kekurangan kepakaran untuk mengendalikan peralatan laser menyebabkan penggunaan laser kurang mendapat sambutan di Malaysia.

ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan bagaimana

penggunaan laser dapat memberi sumbangan kepada kehidupan manusia

Kepentingan penggunaan laser ;

1. Bidang perubatan

- Dermatologi (berkaitan kulit) - rawat kulit untuk membuang tanda-tanda pada

kulit.

- Pembedahan - kurangkan luka dan elakkan kehilangan banyak darah

- Proses berkhatan

2. Bidang keselamatan

- Bidang ketenteraan, laser digunakan untuk membetulkan bidikan senjata

sebelum menembak sasaran.

- Polis - laser digunakan untuk mengesan kelajuan kenderaan.

3. Bidang urusniaga

- Laser mengimbas kod bar pada barangan dan diterjemah ke pelbagai maklumat

seperti harga, jenis dan kod barang.

- Memudah dan mempercepatkan urusniaga.

4. Bidang informasi dan teknologi maklumat.

- Menghasilkan kabel sebatian optik yang membolehkan cahaya laser melaluinya.

- Maklumat dihantar dalam bentuk digital dengan lebih efektif dan efisien.

5. Bidang percetakan

- Menggunakan pencetak laser untuk mengimbas drum dan foto kunduktif.

- Imej lebih jitu, tajam dan kelihatan hidup.

6. Bidang hiburan

- Pertunjukan cahaya dalam perasmian dan temasya besar, peralatan VCD dan

CD untuk menonton filem atau mendengar lagu.

Nota :

1. Pilih mana-mana 2 idea sahaja.

2. Jawapan tidak melebihi daripada 50 patah perkataan.

Bahagian D

Soalan 7

Carta Pai Perbandingan

Malaysia : Perbandingan Hasil Kerajaan Persekutuan Bagi Tahun 2009 dan 2010

Hasil Kerajaan Persekutuan

2009

2010

RM Juta

Peratus

Sudut

RM Juta

Peratus

Sudut

Pinjaman dan Penggunaan Aset Kerajaan

29649.45

14.4

51.8

41121.28

21.7

78.12

Duti Eksport

3088.49

1.5

5.4

1515.99

0.8

2.88

Duti Import

2264.89

1.1

4.0

1705.49

0.9

3.24

Cukai Tak Langsung

26972.77

13.1

47.2

24445.37

12.9

46.4

HasilBukan Cukai dan Cukai-Cukai Lain

55386.83

26.9

96.8

48132.75

25.4

91.44

Cukai Pendapatan

88536.57

43

154.8

72578.12

38.3

137.88

Jumlah

205899

100

360

189499

100

360

Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi 2008/2009,

Kementerian Kewangan Malaysia.

Soalan 8

Graf Bar Piramid

MALAYSIA : JUMLAH ENROLMEN PELAJAR DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

AWAM DAN SWASTA MENGIKUT NEGARA-NEGARA ASAL TERPILIH

BAGI TEMPOH 2006 DAN 2007

Negara-Negara Asal

2006 (orang)

2007 (orang)

IPTA

IPTS

Jumlah

IPTA

IPTS

Jumlah

Thailand

464

480

944

719

429

1148

Iran

736

1048

1784

2049

1629

3678

Indonesia

1850

5691

7541

3000

5454

8454

China

373

6937

7310

1160

5308

6468

Bangladesh

230

6287

6517

309

2197

2506

Jumlah

3653

20443

24096

7237

15017

22254

Disesuaikan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia 2008.

Bahagian E

9. Berdasarkan jadual berikut, huraikan perubahan kes keganasan rumah tangga mengikut negeri-negeri terpilih di Malaysia bagi tahun 2003 hingga 2005 (anggaran). Jelaskan langkah-langkah yang wajar dilaksanakan untuk membendung gejala ini.

Keganasan Rumah Tangga Mengikut Negeri 2003 hingga 2005*

Negara

2003 (kes)

2004 (kes)

2005* (kes)

Johor

42

74

66

Kedah

28

22

42

Kelantan

22

23

32

Melaka

101

107

77

Negeri Sembilan

30

35

53

Perak

31

24

36

Pulau Pinang

108

83

105

Selangor

114

150

61

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

59

40

36

Jumlah

535

558

508

* Anggaran

Disesuaikan daripada Jabatan Kebajikan Melaka, Tahun 2006)

Skema jawapan

Pendahuluan

Masalah keganasan rumah tangga di negara kita telah mendapat perhatian daripada semua pihak terutamanya kerajaan. Akta keganasan rumah tangga telah diperkenalkan untuk menjamin mangsa mendapat perlindungan yang sewajarnya.

BIL

IDEA

HURAIAN

PERBEZAAN

PERATUS PERUBAHAN

1.

Pola jumlah keseluruhan tidak konsisten

Tahun 2003 - 535 kes

Tahun 2004 - 558 kes

Tahun 2005 (anggaran) - 508 kes

2003 - 2004 = 23 kes

2004 - 2005(anggaran) = -50 kes

4.30%

- 8.96%

2.

Pola meningkat berterusan.

Negeri Sembilan dan

Kelantan,

Negeri Sembilan

2003 - 30 kes

2004 - 35 kes

2005 (anggaran) - 53 kes

Kelantan

2003 - 22 kes

2004 - 23 kes

2005 (anggaran) - 32 kes

2003 - 2005(anggaran) = 23 kes

2003 - 2005 (anggaran) = 10 kes

76.67%

45.45%

3.

Pola menurun berterusan

Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur

2003 - 59 kes

2004 - 40 kes

2005 (anggaran) - 36 kes

2003 - 2005 (anggaran) = -23 kes

-38.98%

4.

Pola tidak konsisten

Johor, Kedah, Melaka, Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

Johor

2003 - 42 kes

2004 - 74 kes

2005 (anggaran) - 66 kes

Kedah

2003 - 28 kes

2004 - 22 kes

2005 (anggaran) - 42 kes

Melaka

2003 - 101 kes

2004 - 107 kes

2005 (anggaran) - 77 kes

Perak

2003 - 31 kes

2004 - 24 kes

2005 (anggaran) - 36 kes

Pulau Pinang

2003 - 108 kes

2004 - 83 kes

2005 (anggaran) - 105 kes

Selangor

2003 - 114 kes

2004 - 150 kes

2005 (anggaran) - 61 kes

2003 - 2004 = 32 kes

2004 - 2005 (anggaran) = - 8 kes

2003 - 2004 = -6 kes

2004 - 2005 = 20 kes

2003 - 2004 = 6 kes

2004 - 2005 (anggaran) = - 30 kes

2003 - 2004 = -7 kes

2004 - 2005 (anggaran) = 12 kes

2003 - 2004 = -25 kes

2004 - 2005 (anggaran) = 22 kes

2003 - 2004 = 36 kes

2004 - 2005 (anggaran) = -89 kes

76.19%

-10.81%

-21.43%

90.90%

5.94%

28.04%

-22.58%

50.00%

-23.15%

26.51%

31.58%

-59.33%

B. Alasan

1. Mendapat khidmat nasihat kaunselor

2. Rawatan psikiatri – untuk mengawal kemarahan /emosi

3. Menghadiri kursus praperkahwinan

4. Didikan moral dan penghayatan agama

5. Mengamalkan gaya hidup sihat.

Skema : 2 + 2

Idea 4 m

Huraian 8 m

Bahasa 1 m

Rumus 2 m

________________

Jumlah = 15 m

Nota :

1. Jawapan diterima sekiranya terdapat perkataan “Anggaran” bagi tahun 2007, di mana-

mana sahaja dalam jawapan calon. (langkah-langkah boleh diberi markah)

2. Markah huraian data :

(a) 1 markah jika calon hanya menulis data tahun asas dan tahun akhir serta perbezaan

nilai mutlak.

(b) 2 markah jika calon menulis data tahun asas dan tahun akhir DAN jumlah perbezaan

dan perubahan peratus.

(c) Tiada (0) markah jika calon hanya menulis perbezaan dan perubahan peratus.

10 Berdasarkan carta di bawah, berikan kesan rangkaian sosial dalam talian ke atas

pengguna teknologi laman web.

Kesan Rangkaian Sosial Dalam Talian

Text Box: KEBAIKAN,Text Box: KEBURUKAN


Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dr Maslin Masrom,

“Rangkaian Sosial Dalam Talian”, Dewan Kosmik, Januari 2009

Skema jawapan

Pendahuluan

Rangkaian sosial dalam talian merupakan ciptaan masa kini yang wujud disebabkan kedudukan internet yang terkenal dalam kalangan pengguna maya. Kewujudannya memang diperlukan oleh orang ramai. Namun, penggunaannya memberi implikasi negatif kepada pengguna.

Bil

Idea

Huraian

A

1

Kebaikan

Kos murah

- Servis yang disediakan adalah murah.

- Saingan syarikat telekomunikasi memberi pilihan

perkhimatan yang murah.

- Sesetengah capaian adalah percuma. Cth: facebook

dan laman sesawang kerajaan

2

Membina kredibiliti

- Keyakinan berhubung antara satu sama lain secara

maya.

- Boleh menawar perkhidmatan dan peluang

perniagaan.

- Membina laman sesawang yang canggih berbantukan

teknologi terkini dan menarik perhatian pengguna.

3

Hubungan

- Membina rangkaian kenalan.

- Membina rangkaian perniagaan.

- Mempererat hubungan yang terputus - Jejak kasih.

- Perhubungan merentas sempadan.

B

4

Keburukan

Kurang rahsia

- Maklumat individu mudah didedahkan kepada

pengguna lain.

- Pengguna yang berniat buruk boleh menggunakan

maklumat seseorang untuk niat jahat.

- Merosakkan perhubungan keluarga, kawan,

perniagaan dan lain-lain.

- Mendedahkan keperibadian negatif untuk

merendahkan reputasi seseorang pemimpin negara.

5

Gangguan

- Kegagalan keselamatan sistem akibat digodam.

- Kegagalan sistem perhubungan mengganggu

pelbagai urusan.

- Mengganggu emosi pengguna akibat perhubungan

talian yang terputus.

6

Membuang masa

- Menghabiskan banyak masa melayari laman

sesawang seperti facebook terutama dalam kalangan

pelajar.

- Interaksi ini boleh melalaikan individu untuk

melaksanakan urusan lain yang lebih penting.

- Menyebabkan ketagihan dan kebergantungan

interaksi tanpa mengira masa.

Kesimpulan

Baik atau buruknya penggunaan rangkaian sosial dalam talian adalah bergantung kepada pengguna. Oleh itu, interaksi yang baik dan berkesan haruslah menjadi matlamat utama penggunaan rangkaian ini.

Skema : 2 + 2

Nota :

1. Calon boleh bermula dengan kebaikan atau keburukan.

Pelajar Berjaya

Ikuti Kami Disini